Sunday, August 30, 2009

merdeka

merdeka membawa byk maksud. tapi betul ke kite ni merdeka?
Erti kemerdekaan mungkin berbeza bagi setiap individu di Malaysia. Kemerdekaan juga mungkin memberikan penghayatan yang berbeza di antara belia kini dan belia dari generasi pra merdeka.
Erti kemerdekaan bukan sahaja merdeka dari cengkaman penjajah, malah merdeka juga perlu dari segi budaya, agama, ekonomi dan pendidikan.
Agama harus menjadi tunjang utama kepada masyarakat bagi mengekalkan kemerdekaan negara dan diikuti oleh pendidikan. Nilai-nilai agama yang murni serta sistem pendidikan yang sempurna mampu membawa negara ke puncak kejayaan.
sekiranya anda merasakan kita betul2 merdeka, cuba fikir sekali lagi.
jika anda seorang perokok, rokok ape yg anda hisap?
jika anda peminat bola sepak, team mana yg anda sokong?
cuba anda lihat label baju anda tu?dari mana ianya dibeli? apa kah manufacturer nya?
cuba anda lihat dalam diri anda, cuba lihat kaum Melayu sekarang ini, setiap hujung minggu akan pergi ke pub atau club untuk berhibur. jauh sekali dengan adat dan budaya kita, apatah kan lagi agama Islam.
ya, memang betul kita sudah 51 tahun merdeka, tetapi, pemikiran kita, ekonomi kita, masih lagi dijajah oleh kuasa asing.
fikirkan lah

No comments:

Post a Comment